Saya adalah bekas pelajar SMK Majakir Papar..
kalau tidak silap saya belajar di sekolah ni sekitar tahun 1995-1998,
dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4(tingkatan 4 sekejap ja sebab pindah sekolah ke sekolah teknik likas).
Banyak kenangan manis dan pahit di sekolah tersebut yang tak akan dapat dilupakan selamanya, tempat saya belajar/bersukan/bermain dan banyak lagi ..heheh....
dahulu saya pergi sekolah naik basikal dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 2, tingkatan 3(sekejap sahaja guna basikal sebab basikal kena curi).
kelas saya dahulu 1G/2G dan 3G semua pun kelas hujung2 dunia ... heheh.... sebab tak pandai sangat dalam pelajaran, tingkatan 4 pula saya ditempatkan di kelas 4b sains, kalau tak silap 3minggu lepas tu saya pindah sekolah ke teknik ..
dalam bidang sukan saya pernah dapat pingat emas/perak/gangsa tapi dah lupalah acaranya heheh...., sukan paling saya minati time sekolah ialah lumba lari dan badminton.
itu semua kisah masa sekolah dahulu,
sekarang ni saya dah kerja jadi draftman (melakar pelan)/juruteknik lampu traffic & ELV ...
itulah kisah ringkas diri saya .......
sibuk juga hari2 kalau ada masa memang saya akan update blog saya ni, kalau nak tahu apa yang update tu selalulah berkunjung ke blog saya ni.
Bekas Pelajar SMK Majakir Papar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment