


Persandingan sebagai denda apabila pasukan takraw penyampai popular dikalahkan pasukan lelaki
MERIAH sungguh majlis persandingan antara dua personaliti popular, Ally Iskandar dan Fara Fauzana, pagi 18 Jun lalu. Biarpun tempat majlis diadakan agak sempit, namun keadaan itu tidak menghalang tetamu yang dianggotai keluarga stesen radio Hot FM dan wakil media meraikan pasangan pengantin baru.
Sesekali kelihatan penerbit dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ally mengusik sterinya? penyampai radio Hot FM dan pengacara Melodi, Fara di pelamin yang dihias indah. Begitupun, Fara sebenarnya yang lebih banyak mengusik pasangannya itu.
ada hakikatnya, saya risau juga apabila dikehendaki bersanding. Maklumlah, saya jenis wanita yang tidak reti duduk diam. Macam mana kalau saya bersanding betul-betul nanti,?kata Fara pada majlis persandingan olok-olok di konti stesen radio Hot FM, yang terpaksa dilakukannya sebagai denda apabila pasukan takraw Seleksi Wanita kalah kepada pasukan penyampai lelaki Hot yang dianggotai Faizal, Fiq dan Ikhwan, 4 Jun lalu.
Asalnya, Fara dikehendaki bersanding dengan Norman KRU berikutan gosip cinta yang mengaitkan mereka berdua sebelum ini. Namun, sudah jodohnya dengan Ally apabila rancangan asal menggandingkannya dengan Abang Long KRU itu tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.
emang banyak juga gosip mengaitkan saya dengan Norman. Ada satu SMS mengatakan kami sudah pun ke kedai Habib membeli cincin. Saya pula memang baru saja ke kedai barangan perhiasan berkenaan, tetapi bersama rakan baik saya, bukan Norman. Selepas itu, saya pula diambil sebagai penghias muka depan sebuah majalah perkahwinan.
etika ini juga, ramai yang melihat saya berulang-alik ke kedai perkahwinan. Sebenarnya, saya menemani rakan baik saya yang akan berkahwin tidak lama lagi. Hendak dijadikan cerita, rumah saya pula sedang diperbaiki.
adi, benda-benda beginilah yang mungkin membuatkan orang ramai terfikir, saya betul-betul akan kahwin dalam masa terdekat ini. Yang nyata, pada usia 27 tahun ini, saya tidak risau mengenai soal jodoh. Mungkin sebelum ini saya takut juga memikirkan perkara ini. Tetapi, kini saya memberikan tumpuan kepada kerjaya, yang mengambil banyak masa saya. Biarlah saya berikan perhatian kepada satu-satu perkara pada satu-satu masa.
pabila saya sudah membelikan rumah untuk ibu bapa dan menyiapkan segala keperluannya, barulah saya akan memikirkan kembali soal perkahwinan. Jika saya berkahwin sekarang pun, saya belum pasti dapat menjadi isteri yang baik. Isteri yang baik harus mempunyai waktu untuk suami dan menyediakan semua keperluan. Saya pula amat sibuk dengan tuntutan kerja. Jadi, rasanya saya belum bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga,?katanya.
Ditanya apakah dia kini sudah mempunyai pilihan hati, wanita ini terdiam seketika, lalu berkata, dia tidak tahu sama ada lelaki yang dikenalinya kini boleh dianggap kekasih atau sebaliknya. Jelas Fara, mereka tidak keluar dating serta jarang berhubung di telefon. Lalu, dia tidak pasti apa status persahabatan mereka ketika ini.
Sementara itu, ramai juga kalangan pendengar Hot FM yang menonton siaran persandingan mereka secara langsung di 8TV mulai jam 9 hingga 10 pagi, berharap kedua-duanya akan menaiki pelamin.
Ally pula, baru beberapa hari lalu, ketika menjadi penghias muka depan Hip, mengaku tidak mempunyai mana-mana teman wanita istimewa dan seboleh-bolehnya mahu mengelak sekiranya ibu bapa bertanya soal jodoh kepadanya. Alih-alih, dia segak mengenakan sepasang baju Melayu songket rona ungu bersanding bersama Fara.
aya hanya menolong rakan di stesen radio ini yang sudah pun saya anggap sebagai keluarga sendiri. Soal jodoh saya serahkan kepada Tuhan. Apa yang pasti, saya dan Fara hanya bersanding olok-olok. Saya juga tidak menganggap persandingan olok-olok ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai pengacara MHI yang dilihat sebagai program serius. Acara ini hanyalah program dik-beradik?untuk suka-suka saja,?ujar Ally.
Tambah Fara, mereka sedar ada kalangan pendengar yang mungkin tidak menyokong tindakan mereka melakukan denda dengan menaiki pelamin.
ami sedar dan amat memahami sekiranya peminat kurang senang dengan acara bersanding ini. Yalah, kata orang, anak dara tidak elok naik pelamin. Bagaimanapun, kami hanya bersanding olok-olok, untuk melahirkan suasana meriah buat pendengar Hot, penonton 8TV dan peminat semua,?kata Fara.
FAKTA: Persandingan Fara dan Ally
TEMA klasik dipilih Is dari Pesona Seri Pengantin untuk majlis persandingan Ally Iskandar dan Fara Fauzana. Pelamin, pakaian, perhiasan dan bunga telur adalah tajaan daripada Pesona.
FARA disolek seawal jam 7 pagi untuk majlis persandingan ini. Dia juga meminta supaya wajahnya tidak disolek mapan, sebaliknya sekadar sederhana.
ANTARA tetamu yang sempat merenjis Ally dan Fara ialah orang kuat stesen Hot FM, Seelan Paul, serta anak buahnya - Faizal, AG, Fiq, Anne, Azura dan beberapa wakil media. Turut memeriahkan acara ialah pengacara Ahmad Fedtri Yahya.
JIKA tahun lalu Fara dan Faizal berbasikal seluruh Semenanjung, tahun ini mereka merancang sebuah lagi aktiviti dengan konsep luar biasa. Begitupun, Fara tidak boleh mendedahkannya terlebih dulu sehingga semuanya sudah elok dirancang.
mfa: berita ini telah dicedok dari berita harian dan gambar pula daripada Hot Galeri > Galeri Tetamu > Persandingan Olok-Olok Fara Fauzana & Ally Iskandar











0 comments:
Post a Comment